My comments on DSAI's posting : Respon Kepada Pengunjung
Dear YBhg Datuk Seri Anwar,
Perbezaan setakat menyentuh yang Malaysia negara pengeluar, pada pendapat saya adalah analisis yang tidak sempurna dan kata-kata ahli politik yang sudah biasa didengari. Sudahkah Ybhg DSAI mencari ‘volume’ pengeluaran di Malaysia berbanding di negara negara pengeluar yang lain. Jikalau belum, harap YBhg DSAI tidak sekadar menjadi polikus populist, tetapi yang benar benar memperjuangkan kebenaraan yang Haq. Diharap perbicaraan atau kenyataan YBhg DSAI adalah atas fakta -fakta yang benar, bukan yang separuh masak sepertimana perbezaan dan analisis yang cetek yang telah dipersembahkan di lawan blog DSAI.
Ya, kami sudah celik mata, terhadap semua tipu helah. Mungkin rakyat yang membuta tuli akan percaya sebulat suara perbicaraan DSAI kerana ia satu pegangan ‘populist’ buat masa ini, tetapi buat kami yang dapat berfikir secara kritikal terhadap sesuatu informasi, apa yang dikemukakan tidak memenuhi citarasa rakyat yang berpendidikan.
Harap maklum.
Friday, June 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment